matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Tuesday, January 4, 2011

Harga minyak 2011 naik lagi. Rakyat pasti naik minyak lepas ni..

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini, mengikut sumber.Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.


Sumber: Malaysiakini

Bila mata dah buta, telinga dah pekak, mulut dah bisu, otak dah bengo, hati sudah gelap inilah jadinya. Lepas satu satu naik. Gula, bawang , sayur dan macam2 lah. Kalau nak naik pun agak2 r. Fikirlah orang kat bawah ni. Pah ceroh naik..tapi gaji tak naik2..

Bila harga gula naik, menteri suruh rakyat kurangkan gula, penyakit jaga kesihatan. Bila harga sayur naik, menteri suruh rakyat tanam sayur sendiri. Bila harga minyak naik menteri cakap ini kira dah rendah kalau nak banding dengan negara jiran. Lepas ni rakyat digalakkan guna pengangkutan awam. Bila harga barang naik, menteri suruh berjimat cermat, ubah cara hidup.. Piiirraaahhh.. Bab cakap memang la senang kan. Yang kena ni lah yang menanggung segala kesan.

Gua bukan pakar ekonomi nak bahas menatang ni semua. Yang gua tahu bagi otak gua setakat diploma,ijazah pon takda, ini semua ni tak patut. Kerja membodohkan rakyat. Lantak lah. Nak setuju setujulah, tak nak setuju tak yah setujulah. Adios...~


7 comments:

shapoji said...

nampak tak permainan dier, nanti akan naik sampai 2.70 la....minyak naik, harga barang naik, minyak turun , haraga barang tak turun2...

Unknown said...

percaya la nanti, nak dekat pru13 mesti turun balik harga minyak..skrip lama..

jelah said...

saya rse dier naik sbb nk tampung pru 13 nnt yg diramal akan diakan pd thun ni....

Unknown said...

@jelah
mungkin salah satu strategi..strategi menyusahkan rakyat...lalalala

Hakim Zailan said...

gaji menteri xnak turun lak ek.hahha

Unknown said...

@~hAKim ZaiLAn~
tau xpe..

Erin said...

kijam! kijam! :(

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers