matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Friday, February 26, 2010

Burung Petalawati Kelantan


Burung Petalawati lambang kegagahan sultan. Kisahnya burung Petalawati ini sangat gagah mengawasi negeri Kelantan..Ia sentiasa terbang berlegar di udara dan hanya menjejak bumi bila hampir nak mati.Pada zaman dahulu (sebelum sultan membeli kereta import) patung burung petalawati digunakan sebagai kenderaan @ tandu membawa sultan atau putera sultan ketika majlis-majlis berkhatan, khatam Al Quran atau perarakan persandingan diraja.

Jika kamu anak jati Negeri Kelantan, masihkah kamu ingat pada tahun 2004 tentang perarakan burung petalawati ini sempena Hari Keputeraan Al Sultan Kelantan di samping persembahan artis. Perarakan patung burung sepanjang 7.8 meter dan setinggi 3.6 meter yang dimulakan di Tumpat dengan paluan alat muzik tradisional.


Bagaimanapun Mufti Kelantan telah memfatwakan patung burung ini mengandungi unsur-unsur khurafat... Sepatutnya pada zaman ini tidak seharusnya ada pihak yang cuba menghidupkan kembali unsur khurafat ini.. Sebab itulah sekarang hanya dipertontonkan sahaja.. Seni ukirannya halus buatan tukang dari Siam. 

Kalau kamu nak tahu perarakan ini merupakan anjuran di bawah Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) yang pada ketika itu pengerusinya adalah Ibrahim Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas. Lu pikir la sendiri...

3 comments:

Anonymous said...

Wa da pikir...so, apa salahnya?

Anonymous said...

Kelantan adalah negeri yg kaya dgn seni dan warisan. Namun seni dan warisan ini terhapus dek kerana salah faham dlm beragama.

Taziah said...

Salah faham dlm beragama? Ilmu demo tinggi pada mufti lagi ko?

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers