matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Sunday, January 10, 2010

Indie Band of Broad

Dulu aku ingatkan bila kita duk kat bandar ni semua kemudahan senang termasuklah nak akses internet. Tidak kira la pakai streamyx ke perkhidmatan jalur lebar ke P1WiMax ke dan banyak lagi. Tapi datang je puncak alam ni nak akses internet pakai perkhidmatan jalur lebar aka broadband ni asyik perlahan je dan kadang-kadang memang tak dapat nak akses. Contohnya macam ni. Kadar muat turun hanya lah telur ayam atau itik (0 bps) pada pukul 8 malam.



Kalau nak diikutkan dah capai tahap HSDPA yang biasanya laju tapi kat Uitm ni memang agak hampeh. Aku tak tahu la kenapa susah sangat nak dapat download speed yang memuaskan. Kalau kat rumah aku yang tak berapa bandar sangat tu kira logik juga la kadar kelajuannya rendah. Tapi ini Bandar Puncak Alam dekat dengan Shah Alam atau Klang. Sungguh mengecewakan sekali.. Nak dijadikan faktor mungkin juga pengguna Celcom Broadband kat Uitm Puncak Alam ni dah ramai sampai semua berebut untuk mengakses internet pada waktu yang sama. Barangkali juga kadar kelajuan muat turun data berbeza bagi setiap pakej yang dilanggan. Yang pakej mahal dapat laju skit kot, dan yang murah skit terpaksa menunggu dan tekan reload banyak kali sampai boleh tekanan dibuatnya.

Upgrade the service please...

No comments:

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers